Bengkel

Bengkel atau kursus khas pada program kali ini memfokuskan kepada penggunaan perisian Macromedia Flash, Swishmax dan juga Adobe Photoshop. Aktiviti ini terbuka kepada semua pelajar.

Bengkel Adobe Photoshop

Dalam bengkel ini, peserta diajar teknik asal menggunakan Adobe Photoshop. Perkara yang paling asal ditekankan adalah penggunaan ‘select tools’ dan beberapa efek grafik yang lain. Dengan menggunakan Adobe Photoshop jenis portable, dibantu pula dengan peralatan komputer yang serba baru, pengedalian bengkel amat lancar sekali. Seramai 22 orang peserta telah mendaftarkan diri pada bengkel yang berjalan selama dua sesi (petang & malam). Walaubagaimana pun, bengkel yang dikendalikan oleh wakil alumni briged bestari ini terhenti pada akhir slot malam disebabkan terputusnya bekalan elektrik. Bengkel terpaksa dihentikan dan para peserta dibenarkan pulang.

Bengkel FlashMX

Perisian FlashMX sudah menjadi perkara biasa bagi pelajar SMKAB. Dengan adanya bengkel sebegini, ia dapat memberi peluang kepada mereka-mereka yang ingin berjinak-jinak dengan pembikinan animasi ringkas. Dalam bengkel yang dikendalikan oleh seorang wakil pelajar sendiri, iaitu sdr. Zainal Akmal seorang pelajar tingkatan lima, banyak teknik-teknik baru diperkenalkan disamping teknik asal dititikberatkan. Peserta juga diajar bagaimana animasi ringkas dihasilkan walaupun dengan menggunakan teknik asal yang telah dipelajari.

Bengkel Swishmax

Berbanding dengan FlashMX, Swishmax yang baru diperkenalkan dalam program kali ini lebih menampakkan sambutan dan minat para peserta. Swishmax adalah sebuah perisian yang juga dapat menghasilkan animasi tetapi cara penggunaannya sedikit berbeza dengan Macromedia Flash. Fungsi yang disediakan dalam Swishmax lebih mirik kepada fungsi di dalam Microsoft PowerPoint. Walaubagaimana pun, dalam bengkel ini, pengajaran ditumpukan kepada menggunakan efek animasi ke atas teks dan juga objek. Para peserta juga diajar menggunakan looping teknik yang dinamakan ‘sprite’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: